Rabu, 25 Disember 2013

Polis Perak Mahu Tubuh Semula Kelab Pencegah Jenayah Sekolah Rendah


IPOH, 12 Julai (Bernama) -- Polis Perak bercadang mengaktifkan semula "Kelab Pencegah Jenayah" di peringkat sekolah rendah dalam usaha mencegah pembabitan pelajar dalam jenayah, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Zulkifli Abdullah hari ini.

Beliau berkatakelab berkenaan dapat memainkan peranan memberi penerangan dari peringkat sekolah rendah lagi mengenai gejala negatif jenayah.

Katanya kelab seperti itu pernah diwujudkan sebelum ini tetapi kurang mendapat sembutan.

Bercakap kepada pemberita selepas dialog dengan Dewan Perniagaan Cina dan Perindustrian Perak (DPCPP) di sini, Zulkifli berharap DPCCP dapat membantu mewujudkan kelab berkenaan di sekolah-sekolah rendah Cina.

Menurutnya, walaupun ada persatuan kadet polis di sekolah tetapi ia hanya dianggotai segelintir pelajar manakala kelab boleh disertai oleh semua pelajar.

-- BERNAMA

Lagu

Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan Amanah, Tanggungjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika

Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan Amanah, Tanggunjawab 
Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O     MARI CEGAH JENAYAH 
Semua Hindari Bersama 
Mari Perangi jenayah 
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….   AMAN MERDEKA ………….!


LAGU : HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK: HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN MUZIK HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL
 
 

Ikrar


Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,
Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab.
Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...